Wednesday, March 29, 2017

Ahlan Wasahlan Ya Rejab


hari ini 29 Mac 2017 bersamaan sengan 1 Rejab 1438 Masihi

Alhamdulillah.. diberi kesempatan oleh Allah untuk sampai lagi di bulan rejab.
apa ertinya untuk korang.?

yeay.! 3 bulan lagi raya.
alamak dah lewat nak tempah baju raya
eh dah rejab.? cepatnya masa berlalu.
owhh.. dah rejab ke.?
camana ni puasa ganti tak habis lagi..!!

tak salah pon nak rasa macam yg kat atas tu.. jujur sebenarnya tu perasaan aku sendiri bila sedar hari ni dah 1 Rejab. tapi bila aku renung sejenak., termenung selepas solat maghrib semalam memimirkan apakah sebenar ertinya.. dan Allah detikkan di dalam hati aku...

Allah rindukan aku.
rindukan rintihan doa aku
rindukan amal ibadat aku.
dan sebab itu., 
Allah bagi peluang dekat aku, hambaNya yg selalu lalai ni..
bagi peluang untuk aku kembali mendekatiNya.

jadi, marilah kita sama2 memantapkan lagi amalan wajib kita di samping menambahkan amalan2 sunat kita. dan semoga kita terus istiqomah dgn kebaikan yg kita lakukan dan semoga Allah menerima segala amalah kita. insyaAllah. 


jom mulakan dengan baca doa ini., :)



sedikit sebanyak tentang bulan Rejab. aku pon masih dalam proses membaca dan memahami peristiwa2 ni. jadi tak reti nak elaborate panjang. jom cari ilmu dunia untuk memantapkan ilmu akhirat kita. 



0 supersengal: